Visi ru Misi

VISI BKNS

Keseluruhan Alkitab diterjemahkan ke dalam Bahasa Semai supaya firman Tuhan dapat meninggalkan kesan yang mendalam di hati para pembaca, serta menjadi satu pegangan dan panduan hidup yang membawa perubahan di dalam kehidupan masyarakat Semai, yang merangsang perubahan dalam masyarakat Orang Asli yang lain.

Perubahan-perubahan yang diharapkan adalah:

  1. Dari segi rohani:
  • keselamatan bagi mereka yang percaya
  • iman semakin teguh dan bertumbuh
  • kehidupan mereka menjadi kesaksian
  • keberanian untuk menyampaikan kebenaran
  • menjangkau masyarakat Orang Alsi di seluruh Malaysia
  1. Dari segi sosioekonomi:
  • perubahan pemikiran dan sikap
  • peningkatan dalam pendidikan
  • perubahan dalam taraf hidup
  • corak hidup yang berdisiplin

MISI BKNS

Berusaha bersama semua gereja Semai untuk menterjemahkan seluruh Alkitab ke dalam bahasa Semai yang dapat difahami oleh semua dialek Semai. Memberi kesedaran, membantu dan menggalakan masyarakan Orang Asli mengetahui betapa pentingnya Firman Tuhan.

Berusaha mempertingkatkan kegunaan Bahasa Semai dalam semua urusan umum dan rasmi masyarakat Semai, khususnya di dalam gereja dan sehingga ke peringkat pendidikan teologia.

Berkerja dengan pihak lain:

  • Untuk menyeragamkan sistem ejaan dan abjad supaya bahan yang diterbitkan boleh diterima dan diguna oleh seluruh masyarakat semai.
  • Untuk menjalankan aktiviti berkaitan dengan produksi bahan-bahan untuk
    • meneguhkan iman
    • pendidikan masyarakat Semai
    • bacaan umum 

Disiapkan pada tahun 2007

Your encouragement is valuable to us

Your stories help make websites like this possible.